X

Kindly register in order to view this article
!

Sah Kelantan pun tiada bazar Ramadan

Ahmad ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di JKR 10 hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan bahawa tiada bazar Ramadan di negeri ini akan beroperasi pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu diambil bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan juga selari dengan ketetapan di peringkat Pusat.

“Ya, memang di Kelantan tidak ada bazar Ramadan pada tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di JKR 10 di sini hari ini.

Ahmad berkata, bagi golongan peniaga yang menjual di tepi-tepi jalan, mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai garis panduan yang ditetapkan.

“Kedai-kedai di tepi jalan mungkin mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang akan digariskan nanti,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!