Selain doa, ikhtiarnya di mana?

Seorang lelaki termenung di balkoni ketika tinjauan berikutan penemuan kes Covid-19 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India. GAMBAR HIASAN- BERNAMA
Seorang lelaki termenung di balkoni ketika tinjauan berikutan penemuan kes Covid-19 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India. GAMBAR HIASAN- BERNAMA
A
A
A

MEMANG dalam keadaan susah kita harus banyakkan berdoa kepada ALLAH. Kita harus memohon agar kita dilindungi daripada sebarang musibah.

Kita mohon agar kita dan keluarga serta rakyat negara ini sentiasa berada dalam perlindungan-Nya.

Selain berdoa, kita harus berikhtiar. Patut sangatlah kita ikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu usaha kita. Tak cukup dengan doa sahaja.

Kita kena ambil iktibar daripada Rasulullah dan nabi-nabi terdahulu. Mereka tak berdoa sahaja tetapi bekerja keras. Banyak dugaan yang mereka hadapi untuk tegakkan agama ALLAH.

Dalam keadaan ancaman wabak Covid-19, kita juga kena banyak ikhtiar. Kita juga mahu pakar perubatan Islam cari ikhtiar untuk mencari penawar atau ubat yang sesuai.

Banyak negara Islam yang kaya-raya, hidup berbantalkan duit. Inilah masa duit yang banyak itu digunakan untuk kesihatan ummah.

Jangan serah pada pakar perubatan atau saintis China atau Amerika Syarikat sahaja. Kita selalu komplen kerana ubat yang kita makan mengandungi bahan tak sesuai dengan umat Islam tapi syarikat farmasuetikal besar dunia semuanya bukan milik orang Islam.

Sebab itu, kita harus kembali pada zaman kehebatan ilmuwan Islam. Orang Islam dulu jadi pelopor banyak ilmu dan bawa perubahan.

Artikel Berkaitan:

Hari ini umat Islam lemah serba-serbi. Ilmu pun tak kesampaian, maka terpaksalah kita bergantung pada kepandaian orang lain.

Janganlah penggal-memenggal

Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitulah peribahasa Melayu. Nampaknya dalam hal pimpinan korporat, begitulah yang berlaku pada kita.

Setiap kali berlaku perubahan kerajaan, maka pimpinan korporat akan berubah. Lebih-lebih lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Awang tengok seminggu dua ini di tengah kesibukan kita melawan Covid-19, ada gerakan di belakang tabir yang orang tak tahu.

Banyaklah ahli lembaga pengarah GLC yang dikeluarkan, masuk pula orang baharu.

Awang harap Tan Sri Muhyiddin tengok-tengokkanlah hal ini. Mereka anak-anak Melayu. Mereka bukan orang politik. Mereka profesional. Mereka diberi amanah jalankan yang terbaik untuk syarikat.

Tapi kalau seorang demi seorang kena penggal, apa yang tinggal? Yang tukang angguk dan ampu?

Setiap kali pemimpin tertinggi Melayu bertukar, mereka akan naikkan orang mereka. Zaman Tun Mahathir, naik satu kumpulan.

Bila Tun Abdullah naik, orang dia pula. Zaman Tuk Seri Bossku Najib begitu juga. Zaman Tun Daim dan Tuk Seri Anwar jadi Menteri kewangan, sama juga.

Tauke besar daripada kaum lain bertahan semasa pemerintahan semua Perdana Menteri. Kenapa mereka bertahan sedangkan yang Melayu kena penggal kalau mereka bukan daripada kem seseorang PM itu?

Awang faham Tan Sri Pak Din PM pernah rasa kena buang. Buatlah yang betul. Janganlah buang anak-anak Melayu semata-mata kerana mereka dilantik oleh kerajaan dahulu.