Covid-19: Bekalan ujikaji mampu bertahan seminggu

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

PUTRAJAYA- Bekalan bahan ujikaji bagi mengesan koronavirus (Covid-19) iaitu reagen hanya mampu bertahan selama seminggu.

Perkara itu diakui oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurutnya, masalah itu timbul sejak minggu lalu apabila pembekal gagal menyediakan bekalan mengikut keperluan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mereka hanya mampu membekalkan kira-kira 40 peratus daripada keperluan sahaja," katanya.

Beliau berkata, kementerian telah menghubungi pembekal berkenaan untuk mendapatkan bekalan dalam masa terdekat.

"Kita juga sudah mencari reagen terbabit dan menghubungi pembekal lain supaya mereka dapat bekalan dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Reagen yang digunakan di negara ini menggunakan kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR).

Artikel Berkaitan: