Afrika catat lebih 10,000 kes Covid-19

Anggota Persatuan Palang Merah Antarabangsa (IRC) menyediakan pensanitasi tangan kepada orang ramai di Soweto, Afrika Selatan.
Anggota Persatuan Palang Merah Antarabangsa (IRC) menyediakan pensanitasi tangan kepada orang ramai di Soweto, Afrika Selatan.
A
A
A

ADDIS ABABA - Jumlah kes Covid-19 di Afrika mencecah 10,075 dengan angka kematian seramai 487 orang, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC) hari ini.

CDC Afrika juga mendedahkan kes Covid-19 telah menular ke 52 negara Afrika, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pusat berkenaan kira-kira 913 pesakit Covid-19 telah sembuh, di seluruh benua itu.

Lebih 897 kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat daripada 9,178 (Isnin) kepada 10,075 (Selasa).

AU, melalui Afrika CDC pada 27 Januari telah mengaktifkan Pusat Operasi Kecemasan dan Sistem Pengurusan Insiden (IMS) untuk wabak Covid-19.

Pelan Tindakan ketiga turut dirangka untuk tempoh 16 Mac hingga 15 April. - Bernama

Artikel Berkaitan: