Ucapan PM semarakkan lagi harapan rakyat

PM berucap ketika live di Facebook Sinar Harian tadi.
PM berucap ketika live di Facebook Sinar Harian tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA- Saya yakin Tuhan tidak menguji kita lebih batasan kemampuan.

Itulah antara ayat yang dituturkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya sempena Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan), petang tadi.

Ayat tersebut bukan sahaja memberikan harapan, malah turut mengukuhkan lagi keyakinan rakyat Malaysia dalam ‘memerangi’ wabak koronavirus (Covid-19).

“Dan saya yakin Tuhan tidak menguji kita lebih batasan kemampuan semua.

“Yakinlah kita dapat mengatasi masalah wabak ini bersama-sama.

“Ingatlah, selepas hujan datangnya matahari. Insha-ALLAH kita dapat mengatasi wabak ini,” kata Muhyiddin dalam perutusan tersebut.

Rata-rata netizen menerusi Facebook Sabah Post meninggalkan komen positif dan lebih bersemangat untuk mencapai kemenangan memerangi wabak tersebut.

“Ayat ini paling terbaik saya dengar dari PM, amin ya rabbal alamin,” komen Mohd Eman Sulaiman.

Artikel Berkaitan:

“Benar Perdana Menteri. Ini bermakna, kita masih mampu mengawal keadaan dengan bantuan semua rakyat Malaysia,” kata pengguna Facebook Evonne Yply pula.