Kapal perang AS transit di Selat Melaka

Ia sedang melaksanakan operasi rutin di bawah Armada Ketujuh AS. - Foto Agensi
Ia sedang melaksanakan operasi rutin di bawah Armada Ketujuh AS. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) merentasi Selat Melaka pada akhir minggu lalu.

Insiden itu disahkan jurucakap Tentera Laut Indonesia, Laksamana Pertama Tunggul kepada Reuters pada Isnin.

"Ia transit di laluan penting yang turut terletak bersempadan Malaysia dan Singapura pada Sabtu lalu," ujarnya.

Komander Matthew Comer yang merupakan jurucakap bagi Pusat Perintah Indo-Pasifik mengenal pasti kapal perang itu sebagai USS Miguel Keith yang berpangkalan di Jepun.

Difahamkan, ia sedang melaksanakan operasi rutin di bawah Armada Ketujuh AS.

Comer tidak memberikan butiran mengenai destinasi kapal tersebut atas faktor keselamatan.

Namun, kapal itu dikatakan telah menjalani penyelenggaraan di Korea Selatan pada awal April.

USS Miguel Keith sepanjang 24 meter direka sebagai pangkalan arahan terapung yang boleh melancarkan helikopter dan bot kecil selain menyediakan penginapan untuk tentera serta kemudahan kawalan.

Selat Melaka sepanjang 900 kilometer menghubungkan Asia dengan Timur Tengah dan Eropah menjadi laluan kapal komersial yang membawa kira-kira 25 peratus daripada dagangan dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!