Operasi kilang arak semasa PKP dibatalkan: Annuar

Annuar memaklumkan mengenai pembatalan kebenaran operasi kilang minuman keras, Heineken semasa tempoh PKP.
Annuar memaklumkan mengenai pembatalan kebenaran operasi kilang minuman keras, Heineken semasa tempoh PKP.
A
A
A

SHAH ALAM - Kebenaran beroperasi kilang minuman keras, Heineken semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dibatalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya hari ini.

“Sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Annuar sebelum ini meminta agar tindakan segera diambil ke atas kilang minuman keras yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP.

Menurutnya, ia tidak selari dengan dasar yang telah diputuskan dan dikuatkuasakan kerajaan dan tindakan perlu diambil segera berhubung isu berkenaan.

Semalam, tular di media sosial surat bertarikh 31 Mac 2020 yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi kebenaran kepada syarikat arak Heineken Malaysia Berhad beroperasi ketika tempoh PKP.

Kebenaran operasi berkenaan turut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Dewan Pemuda Pas yang mengatakan sangat bercanggah dengan kepentingan dan kewarasan seorang manusia untuk menilai arak sebagai sebuah produk 'essential' yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan: