Covid-19: Senarai berita palsu tular

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. MKN menafikan dakwaan pernah mengeluarkan Jadual Perancangan Covid-19 mengandungi beberapa fasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kononnya akan dilanjutkan sehingga 28 Mei 2020.

2. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah menafikan dakwaan berlaku kematian di Beaufort disebabkan oleh Covid-19.

3. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan bahawa lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke universiti itu melibatkan ramai hadirin serta persembahan oleh lebih 20 penuntut. - Bernama

Artikel Berkaitan: