Dua kilang diarah henti operasi

MDHS menjalankan pemeriksaan di beberapa kilang di sekitar Hulu Selangor Jumaat lalu bagi memastikan hanya kilang dibenarkan MITI dan MKN berperasi ketika PKP.
MDHS menjalankan pemeriksaan di beberapa kilang di sekitar Hulu Selangor Jumaat lalu bagi memastikan hanya kilang dibenarkan MITI dan MKN berperasi ketika PKP.
A
A
A

HULU SELANGOR – Pengusaha dua buah kilang di sini diarah menghentikan operasi di premis masing-masing selepas didapati menjalankan aktiviti tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bahagian Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kilang kertas di Rasa dan kilang kitar semula di Bukit Beruntung itu didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kedua-dua premis terbabit didapati beroperasi tanpa kebenaran MITI dan juga MKN. Premis tersebut telah diberikan arahan untuk menghentikan operasinya serta-merta.

“Pihak majlis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menggantung serta membatalkan lesen perniagaan sekiranya pengusaha kilang didapati masih berdegil dan mengingkari arahan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, MDHS memaklumkan pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa kilang di sekitar daerah ini Jumaat lalu bagi memastikan hanya kilang dibenarkan beroperasi ketika PKP.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu membabitkan 36 kakitangan PTDHS, MDHS dan anggota PDRM.
Operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu membabitkan 36 kakitangan PTDHS, MDHS dan anggota PDRM.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu melibatkan 36 kakitangan Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor (PTDHS), MDHS dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu memaklumkan, modus operandi operasi kali ini adalah memberi tumpuan kepada premis kilang yang gagal mematuhi arahan PKP.

Artikel Berkaitan:

“Kawasan kilang yang dipantau dan diperiksa termasuk Pusat Perindustrian Zurah Rasa, kawasan industri di Bukit Beruntung (Jalan Kamunting, Jalan Kenanga, Jalan Jasmine dan Jalan Azalea), Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Kawasan Perindustrian Ringan Hulu Yam, Kawasan Perindustrian Tengas Hulu Yam dan kawasan industri Perkampungan Perabut Hulu Yam.

“Hasil pemeriksaan di sembilan kilang mendapati, hampir 98 peratus pengusaha kilang mematuhi arahan PKP dan mengambil langkah sewajarnya bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“MDHS mengucapkan terima kasih kepada pengusaha kilang yang memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.