Kedai hardware, alat ganti kenderaan dibenar operasi 2 hari seminggu

MPKL membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.
MPKL membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membenarkan empat jenis perniagaan beroperasi dua kali seminggu mulai hari ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan termasuk kedai baja, kedai hardware, kedai menjual makanan haiwan dan kedai menjual alat ganti kenderaan.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perniagaan ini dibenarkan beroperasi dua hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis antara jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Perlesenan MPKL di talian 0331872825,” katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: