Tiada laporan Covid-19 merebak melalui makanan: Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada laporan wabak koronavirus (Covid-19) merebak melalui makanan setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai wujudnya kebimbangan sekiranya ada pekerja restoran yang menyediakan makanan untuk dibawa pulang didapati positif wabak itu.

"Kita belum dengar virus ini merebak melalui makanan tetapi jika salah seorang pekerja positif Covid-19, maka kita perlu saring kontak rapat restoran itu," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, projek terowong sanitasi merupakan inovasi yang baik namun pihaknya perlu melihat keberkesanan kaedah itu dalam membasmi wabak Covid-19 berdasarkan bukti penyelidikan.

"Di Kementerian Kesihatan, kita berdasarkan fakta. Kita perlu lihat penyelidikan untuk tunjukkan sama ada ia berkesan atau tidak, apakah bahan kimia yang digunakan dan pelbagai lagi.

"Inovasi ini baik tapi perlu ada penyelidikan sama (mengenainya)," katanya.

Artikel Berkaitan: