Tahfiz Gerik giat bangunkan kemudahan pendidikan, komited sediakan persekitaran pembelajaran lengkap

Tapak pembinaan surau yang sedang diusahakan pihak pengurusan pusat pengajian tahfiz di Kampung Lawin, Gerik. Gambar kecil: Dr Azmin
Tapak pembinaan surau yang sedang diusahakan pihak pengurusan pusat pengajian tahfiz di Kampung Lawin, Gerik. Gambar kecil: Dr Azmin
A
A
A

GERIK – Sebuah pusat pengajian tahfiz di Kampung Lawin, di sini giat memperkasa kemudahan pendidikan agama apabila merancang pembangunan menyeluruh di atas tapak seluas 1.62 hektar.

Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Dr Azmin Lil Irsyad Ad Dini, Dr Azmin Yusof berkata, setakat ini pihaknya menyiapkan sebuah rumah guru sebagai kemudahan awal bagi menyokong operasi pengajian.

Menurutnya, pembangunan seterusnya akan memberi tumpuan kepada pembinaan surau serta kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar.

“Perancangan pembangunan ini melibatkan pembinaan asrama, dewan makan, dewan terbuka serta kemudahan asas lain seperti tempat wuduk dan kawasan riadah.

“Usaha ini penting bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pengajian dalam suasana yang selesa dan teratur,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, keseluruhan projek pembangunan tersebut dianggarkan menelan kos sekitar RM3 juta dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Tambahnya, pihak pengurusan komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lengkap dan seimbang, selari dengan matlamat melahirkan generasi hafiz yang berkualiti.

“Dengan kemudahan yang dirancang, kami berharap institusi ini dapat berkembang sebagai pusat pendidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun 558097072071 (Maybank) atau menghubungi Dr Azmin Yusof di talian WhatApps 019-613 0437.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!