Tiga beranak makan nasi 'berlauk' gula

Roslan, Nurul Nisa dan anaknya, Muhamad Danial, 4, terpaksa mengikat perut dengan makan nasi berlauk gula sejak empat hari lalu.
Roslan, Nurul Nisa dan anaknya, Muhamad Danial, 4, terpaksa mengikat perut dengan makan nasi berlauk gula sejak empat hari lalu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sebuah keluarga yang tinggal di flat Taman Cendana di sini, mendakwa terpaksa makan nasi 'berlauk' gula kerana terputus bekalan makanan sejak empat hari lalu.

Ketua keluarga, Roslan A Aliudins, 30, berkata, isterinya, Nurul Nisa Irmin, 26, hanya mampu memasak nasi atau bubur selepas menerima sumbangan daripada Persatuan Penduduk Taman Cendana beberapa hari lalu.

Dia yang berasal dari Lahad Datu, Sabah dan sudah lebih 10 tahun menetap di negeri ini berkata, dia yang bekerja dengan mengambil upah melakukan pendawaian hilang punca pendapatan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sejak pelaksanaan PKP saya tidak dapat bekerja walaupun menerima permintaan untuk melakukan pendawaian di rumah-rumah. Pada mulanya saya mencatu duit belanja yang ada tetapi selepas kira-kira seminggu lalu tiada lagi wang simpanan.

"Kemudian saya adukan masalah ini kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim sebelum pihaknya memberikan bantuan beras dan gula.

"Sejak empat hari lalu menu kami ialah makan nasi atau bubur dengan gula selain nasi goreng," katanya ketika ditemui di rumahnya di taman tersebut di sini hari ini.

Roslan membantu isterinya di dapur selepas keluarga mereka menerima sumbangan makanan daripada Pasaraya Econsave hari ini.
Roslan membantu isterinya di dapur selepas keluarga mereka menerima sumbangan makanan daripada Pasaraya Econsave hari ini.

Roslan merupakan seorang daripada 3,000 penerima di taman tersebut yang mendapat sumbangan ikan dam sayur-sayuran daripada Pasaraya Econsave pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam.

Dia yang menumpang di rumah ibu saudaranya dan memperoleh pendapatan kira-kira RM800 pada setiap bulan berharap pelaksanaan PKP dapat ditamatkan segera supaya dapat bekerja semula dan mencari rezeki untuk keluarganya seperti biasa.

"Saya amat berterima kasih kepada Shamsul Bahrin dan Pasaraya Econsave atas bantuan yang diberikan, hanya ALLAH dapat membalas jasa dan keprihatinan mereka, kalau tiada bantuan ini, kami pun tidak tahu macam mana mahu meneruskan kehidupan," katanya.