Dua juruterbang maut nahas pesawat kargo

Pesawat itu tiba-tiba terhempas dan meletup ketika berlepas selepas mengambil produk ikan segar. Foto FB Bandera Coron
Pesawat itu tiba-tiba terhempas dan meletup ketika berlepas selepas mengambil produk ikan segar. Foto FB Bandera Coron
A
A
A

MANILA - Dua juruterbang maut pada Khamis apabila pesawat kargo udara dipandu mereka terhempas di luar perimeter lapangan terbang di Barangay Dekalacho di Coron, Palawan, menurut Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Negara Filipina, lapor Xinhua.

Menurut PNP-ASG, kemalangan itu berlaku kira-kira 11 pagi waktu tempatan di luar perimeter Lapangan Terbang Busuanga.

Siasatan awal mendapati pesawat itu tiba-tiba terhempas dan meletup ketika berlepas selepas mengambil produk ikan segar.

Mayat juruterbang dan pembantu juruterbang itu ditemui sekitar 3 petang semasa operasi mencari dan menyelamat. 

Operasi landasan lapangan terbang itu dihentikan sementara berikutan nahas namun disambung kemudian. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!