X

Kindly register in order to view this article
!

Cari jalan bantu petani, penternak terjejas PKPD

Penternak dan petani dalam kawasan PKPD disaran bersiap sedia dalam semua aspek. Gambar kecil: Zamri
A
A

SHAH ALAM - Agensi kerajaan berkaitan diminta mencari jalan alternatif dalam membantu penternak dan petani di Sungai Lui yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Seorang penternak ayam, Zamri Mohamad, 41, berkata, semua pengusaha ternakan dan pertanian yang berada dalam zon pelaksanaan PKPD berdepan kesukaran untuk memasarkan produk masing-masing berikutan telah terputus hubungan.

Menurutnya, aktiviti penternakan dan pertanian lumpuh sepenuhnya berikutan tiada sebarang komunikasi dengan pihak luar dibenarkan.

"Agensi berkaitan perlu mempunyai perancangan alternatif dalam membantu kami penternak dan petani yang berada dalam kawasan PKPD ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan PKPD di tujuh kampung berkuat kuasa tengah malam 30 Mac lalu hingga 13 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan pada 29 Mac lalu memaklumkan arahan itu membabitkan kawasan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Sungai Lui dikawal ketat pasukan keselamatan

Dalam pada itu, Zamri berkata, langkah diambil kerajaan dengan melaksanakan PKPD di Sungai Lui adalah bertepatan berikutan jumlah kes direkodkan di kawasan itu semakin membimbangkan.

"Namun macam saya cakap, isu lambakan hasil dan ternakan juga perlu diatasi berikutan permasalahan ini menyebabkan kerugian kepada kami," katanya.

Katanya, seluruh rakyat di negara ini diminta untuk mendoakan keselamatan orang ramai terutama penduduk yang berada dalam kawasan PKPD.

"Doakan yang terbaik untuk kami di Sungai Lui. Doakan juga untuk seluruh Malaysia dan dunia bebas dari Covid-19. Patuhi setiap arahan pencegahan.

"Kami di sini sudah mula merasa seksa berkurung apatah lagi mereka yang bertugas di barisan hadapan demi menyelamatkan kita semua," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!