Rahsia Korea Selatan perangi wabak Covid-19

 Korea Selatan lebih bersedia untuk menangani sebarang wabak termasuk Covid-19 selepas negara itu dilanda penyakit MERS-Cov pada 2015. Gambar kecil: Dr Awg Bulgiba
Korea Selatan lebih bersedia untuk menangani sebarang wabak termasuk Covid-19 selepas negara itu dilanda penyakit MERS-Cov pada 2015. Gambar kecil: Dr Awg Bulgiba
A
A
A

WABAK koronavirus (Covid-19) telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jumlah kes positif Covid-19 bertambah saban hari manakala jumlah kematian juga terus meningkat.

Pada 3 April 2020, mereka yang positif Covid-19 di Malaysia dilaporkan berjumlah 3,333 orang. Jumlah kematian pula adalah seramai 53 orang. Jumlah yang masih menunggu keputusan ujian saringan adalah seramai 8,265 orang.

Kerajaan terpaksa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac lalu kerana mereka tidak mahu Malaysia mengalami nasib yang sama seperti dialami Itali. Di negara itu, jumlah kematian terkini telah melebihi 14,000 orang.