Nelayan dikhuatiri lemas jatuh bot

Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. Foto Bomba Hutan Melintang
Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian. Foto Bomba Hutan Melintang
A
A
A

IPOH - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika cuba memeriksa kipas bot di Lot 125B (Pelantar 10), Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, petang Selasa.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datuk dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk berhubung kejadian yang melibatkan mangsa, Pee Kian Kok, 55, pada jam 4.26 petang.

PKOD tersebut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal kejadian, lelaki itu terjatuh semasa memeriksa kipas bot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

"APM Daerah Bagan Datuk telah menggerakkan pasukan ke tempat kejadian untuk tujuan pemantauan.

"Pada jam 6.20 petang, pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat pemantauan di tempat kejadian. Tiada operasi pencarian dijalankan atas faktor cuaca (hujan),” menurut kenyataan itu.

PKOD memaklumkan bahawa operasi pencarian ditangguhkan pada jam 7.30 malam dan akan disambung pada 8 pagi esok. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang nelayan terjatuh dari bot ketika periksa kipas di Hutan Melintang.
  • Mangsa dikenalpasti sebagai Pee Kian Kok, 55 tahun.
  • Panggilan diterima oleh APM pada jam 4.26 petang tentang kejadian.
  • Pasukan APM lakukan pemantauan, tapi cuaca buruk hentikan operasi.
  • Operasi pencarian dijadualkan semula pada 8 pagi esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!