'Fleet card' diesel perlu diperluas ke sektor kritikal – AMK Melaka

Menurut Hakimin (gambar kecil) pelaksanaan sistem 'fleet card' diesel perlu diperluaskan kepada sektor kritikal lain yang turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api tersebut.
Menurut Hakimin (gambar kecil) pelaksanaan sistem 'fleet card' diesel perlu diperluaskan kepada sektor kritikal lain yang turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api tersebut.
A
A
A

MELAKA - Pelaksanaan sistem 'fleet card' diesel perlu diperluaskan kepada sektor kritikal lain yang turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka, Hakimin Mokhtar berkata, ketika ini pelaksanaan sistem berkenaan lebih tertumpu kepada sektor logistik dan pengangkutan barangan, sedangkan banyak sektor lain bergantung kepada diesel bagi operasi harian.

Menurutnya, antara sektor yang perlu diberi perhatian termasuk pertanian dan pesawah, industri perikanan kecil, pembinaan, pengangkutan perkhidmatan seperti bas sekolah dan bas pekerja, serta pengurusan sisa.

“Sebagai contoh, kenderaan seperti lori Roll-on Roll-off (RoRo) masih belum diliputi secara menyeluruh dalam sistem kad armada walaupun memainkan peranan penting dalam pengurusan sisa dan kebersihan bandar.

“Jika kos operasi terus meningkat, ia bukan sahaja menekan pengusaha, malah boleh memberi kesan kepada perkhidmatan asas kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan data kerajaan, daripada 389,000 kenderaan berdaftar, hanya sekitar 209,000 telah memohon 'fleet card'.

“Ini bermakna masih terdapat sekitar 180,000 kenderaan dalam sektor kritikal yang belum menerima manfaat subsidi diesel.

“Keadaan ini menunjukkan masih wujud jurang pelaksanaan yang perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, peluasan sistem 'fleet card' bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan kos operasi, malah memastikan subsidi diesel disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, langkah itu juga penting bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan selain menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

Ringkasan AI

  • Pelaksanaan sistem kad armada diesel perlu diperluaskan ke sektor lain yang turut bergantung pada diesel.
  • Sektor kritikal seperti pertanian, perikanan, pembinaan serta pengangkutan perkhidmatan harus diberi perhatian.
  • Kenderaan penting seperti lori RoRo masih tidak sepenuhnya diliputi oleh sistem kad armada.
  • Sebanyak 180,000 kenderaan sektor kritikal belum menerima manfaat subsidi diesel.
  • Peluasan sistem kad armada boleh mengurangkan kos operasi dan menjamin kelangsungan ekonomi negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!