Ribut petir, hujan lebat diramal di sembilan negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri setakat 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Muar dan Tangkak).
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Belaga).
Kawasan yang terkesan di Sabah ialah Pedalaman (Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk di sembilan negeri.
- Cuaca buruk dijangka di Kedah dan Perak.
- Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor turut terlibat.
- Di Sarawak, kawasan terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Mukah, dan Kapit.
- Di Sabah, Pedalaman dan Pantai Barat terlibat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
