Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak hingga jam 4 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari memaklumkan di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Langat.
Bagi Negeri Sembilan amaran itu melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong serta Daro di Mukah. - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
- Selangor dijangka terjejas ialah Hulu Langat.
- Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
- Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong serta Daro di Mukah.
- Amaran dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 1 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
