Ribut petir, hujan lebat diramal di tiga negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.
Di Selangor, kawasan diramal terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur
- Amaran berlangsung hingga 7 malam
- Di Perak, kawasan terjejas termasuk Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim
- Kawasan di Selangor yang diramal terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat
- Kenyataan dikeluarkan pada hari Selasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
