Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling).
Keadaan sama turut diramal di Negeri Sembilan (Jempol); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai); manakala Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kebanyakan negeri sehingga 9 malam ini.
- Cuaca buruk dijangka di Perlis, beberapa daerah di Kedah dan Perak.
- Amaran diberikan untuk beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
- Beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak juga terlibat.
- Beberapa bahagian di Sabah turut dijangka mengalami cuaca buruk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
