Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 5 petang ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 5 petang ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.

Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Semenanjung, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran MetMalaysia dikeluarkan pada 2.20 petang.
  • Kawasan di Semenanjung yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor.
  • Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Sibu dan Bintulu.
  • Di Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!