Padah main mercun atas kereta bergerak, 4 termasuk wanita ditahan

Laporan Sinar Harian berhubung aksi berani mati lelaki main mercun atas kereta bergerak
Laporan Sinar Harian berhubung aksi berani mati lelaki main mercun atas kereta bergerak
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang wanita antara empat individu yang ditahan pada Sabtu berkaitan kes bermain mercun secara berbahaya dari dalam kenderaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 2.30 petang melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9 di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Dalam tangkapan ini, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Satria, sebuah telefon bimbit serta sebatang mercun yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

"Kesemua tangkapan telah direman selama tiga hari sehingga 31 Mac untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan aksi berbahaya seorang lelaki dipercayai bermain mercun dari dalam sebuah kereta yang sedang bergerak mengundang padah selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita antara empat individu ditahan bermain mercun dari dalam kenderaan.
  • Tangkapan melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun.
  • Suspek ditahan di kawasan Sungai Buloh dan Seksyen 9, Shah Alam.
  • Polis merampas kereta Proton Satria, telefon bimbit, dan mercun dalam tangkapan.
  • Semua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!