Covid-19: Pesakit sembuh sumbang plasma darah untuk penyelidikan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat beberapa pesakit wabak koronavirus (Covid-19) yang telah sembuh menyumbangkan plasma darah mereka bagi tujuan penyelidikan dan sains.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu yang disahkan sembuh itu juga perlu menjalani ujian semula.

"Ada dua, tiga pesakit yang sembuh tampil menyumbang plasma darah mereka untuk tujuan penyelidikan dan sains.

"Kita berterima kasih kepada mereka yang secara sukarela membantu (KKM) melakukan penyelidikan ini," katanya pada sidang akhbar harian di KKM di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: