McDonald’s sumbang zakat korporat untuk Pusat Kutipan Zakat Pahang, MUIP

Seramai 50 anak yatim turut terima keperluan sukan

A
A
A

McDonald’s Malaysia menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan MUIP.
McDonald’s Malaysia menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan MUIP.

KUANTAN - McDonald’s Malaysia menyumbangkan zakat korporat bagi tahun 2023 berjumlah RM100,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Majlis pembayaran zakat korporat McDonald’s Malaysia ini menyaksikan Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi menyerahkan zakat korporat kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal Dan Operasi), MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Sejak enam tahun lalu, McDonald’s Malaysia telah membayar sejumlah RM781,000 zakat korporat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di negeri Pahang.

Salah seorang anak yatim menerima sumbangan keperluan sukan daripada Dr Asmadi (kanan).
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan keperluan sukan daripada Dr Asmadi (kanan).

Tahun ini memasuki tahun ke-7 McDonald’s Malaysia membuat pembayaran zakat korporat yang konsisten kepada semua negeri di Malaysia, seiring dengan kemajuan perniagaannya.

McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat sejak 2017, setelah diambil alih oleh sebuah syarikat perniagaan Islam – Lionhorn Pte. Ltd., yang merupakan sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1 Disember 2016.

Anak-anak yatim ini cukup teruja setelah menerima sumbangan keperluan sukan.
Anak-anak yatim ini cukup teruja setelah menerima sumbangan keperluan sukan.

“Saban tahun, pembayaran zakat korporat sudah menjadi kewajipan McDonald’s Malaysia, lebih-lebih lagi ia merupakan tuntutan dalam agama Islam. Melalui zakat yang dibayar, kami sangat berlapang dada memandangkan ia secara langsung dapat membantu mereka yang memerlukan, bertepatan dengan teras syarikat yang sangat mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat,” kata Azhar.

Dalam majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyantuni 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Akademi YASA-MUIP dan Rumah Anak Yatim Permata Al-Kauthar. Setiap daripada mereka menerima barangan keperluan sukan berupa sepasang kasut sukan dan beg.

Azhar (kiri) memberikan cenderahati kepada Dr Asmadi.
Azhar (kiri) memberikan cenderahati kepada Dr Asmadi.

Jelas Azhar, selain pembayaran zakat korporat, McDonald’s Malaysia komited menjalankan pelbagai inisiatif kemasyarakatan lain demi mewujudkan impak positif dalam masyarakat.

“Di McDonald's Malaysia, kami sentiasa komited untuk menyumbang balik dan mewujudkan impak positif yang berkekalan kepada komuniti di mana kami beroperasi,” tambah Azhar.

INFO

- Sejak enam tahun lalu, McDonald’s Malaysia membayar sejumlah RM781,000 zakat korporat di negeri Pahang.

McDonald’s Malaysia turut santuni 50 anak yatim dengan sumbangan keperluan sukan.
McDonald’s Malaysia turut santuni 50 anak yatim dengan sumbangan keperluan sukan.

- McDonald’s Malaysia turut menyantuni 50 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Akademi YASA-MUIP dan Rumah Anak Yatim Permata Al-Kauthar.

- Setiap daripada mereka menerima barangan keperluan sukan berupa sepasang kasut sukan dan beg.