Nelayan hilang ditemukan lemas

Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto hiasan
Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto hiasan
A
A
A

MERSING - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Sabtu ditemukan lemas di pesisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini, awal pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan II, Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada jam 1.45 pagi.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 8.36 malam dan sebuah Light Fire Rescue Tender serta satu utiliti dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.

Pasukan Keluaran Operasi kemudian membuat pencarian di pesisir pantai berhampiran dengan kawasan Tanjung Rhu bersama-sama penduduk kampung.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang nelayan hilang ditemukan lemas di pesisiran Tanjung Rhu awal pagi Ahad.
  • Lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai orang awam pada jam 1.45 pagi.
  • Mangsa disahkan meninggal dan diserahkan kepada pihak polis.
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 malam Sabtu.
  • Operasi pencarian melibatkan bomba dan penduduk kampung tamat jam 2 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!