PDK Kota Raja kongsi realiti pelatih OKU dewasa

Penghuni PDK Kota Raja dan pengurusan Grand Centro ketika ditemui Sinar Harian sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Pusat Beli-Belah Grand Centro, baru-baru ini.
Penghuni PDK Kota Raja dan pengurusan Grand Centro ketika ditemui Sinar Harian sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Pusat Beli-Belah Grand Centro, baru-baru ini.
A
A
A

KLANG – Menginjak usia 30-an namun masih bersifat keanak-anakan. Itu sisi istimewa salah seorang daripada 40 pelatih orang kurang upaya (OKU) yang dijaga rapi oleh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kota Raja.

Pengerusi PDK Kota Raja, Sarimah Mahmudin, 62, berkata, pelatih yang hanya ingin dikenali sebagai Aiman merupakan antara yang paling lama berada di bawah jagaan pihaknya.

Malah, penghidap sindrom down itu sehingga kini hanya menguasai kemahiran asas hasil pembelajaran silibus peringkat tadika.

Bagaimanapun, jelasnya, tidak ramai penghidap sindrom down, autisme, attention deficit hyperactivity disorder dan lain- lain dalam kategori dewasa dihantar ke PDK tersebut, melainkan Aiman setakat ini.

“Bagi kategori dewasa, kami melihat jika ada perkara yang boleh dibantu, misalnya mengajar pelatih berniaga, menyapu sampah atau mendobi pakaian.

“Ada antara mereka yang sudah mampu mengusahakan semuanya sendiri.

“Semuanya kemahiran asas ke arah kerjaya demi pembangunan sosial anak-anak istimewa ini,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tidak hanya itu, kata Sarimah, pelatih lain yang lebih muda, berusia tiga hingga belasan tahun, juga mempunyai keterbatasan dalam komunikasi asas termasuk masalah kelewatan pertuturan.

Ringkasan AI

  • Aiman, orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an, memiliki sifat keanak-anakan dan dijaga oleh PDK Kota Raja
  • Aiman menghidap sindrom down dan hanya menguasai kemahiran asas seperti tadika
  • Pelatih dewasa dengan sindrom down, autisme, dan ADHD jarang dihantar ke PDK tersebut
  • PDK fokus pada pembelajaran kemahiran asas seperti berniaga dan kendiri bagi pembangunan sosial OKU dewasa
  • Pelatih lain yang lebih muda mempunyai keterbatasan dalam komunikasi asas dan masalah kelewatan pertuturan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!