Iran ancam serangan besar-besaran jika Israel terus sasar orang awam di Lubnan, Gaza

Iran mengeluarkan amaran keras untuk melancarkan serangan tanpa batasan terhadap Israel sekiranya rejim itu terus menyasarkan penduduk awam di Lubnan dan Gaza.
Iran mengeluarkan amaran keras untuk melancarkan serangan tanpa batasan terhadap Israel sekiranya rejim itu terus menyasarkan penduduk awam di Lubnan dan Gaza.
A
A
A

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengeluarkan amaran keras untuk melancarkan serangan tanpa batasan terhadap Israel sekiranya rejim itu terus menyasarkan penduduk awam di Lubnan dan Gaza.

Menerusi kenyataan yang dipetik oleh agensi berita IRNA, IRGC menuduh Israel mengeksploitasi keadaan perang semasa untuk melakukan jenayah perang yang meluas terhadap orang awam di Palestin dan Lubnan.

Pihak berkuasa Iran menegaskan bahawa tindakan ketenteraan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindak balas yang setimpal.

Kenyataan itu turut memberi amaran bahawa sekiranya serangan ke atas orang awam tidak dihentikan, IRGC akan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron secara besar-besaran terhadap kedudukan tentera Israel di utara negara itu serta kawasan berhampiran sempadan Gaza.

Amaran terbaharu ini meningkatkan lagi kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan berlakunya pertempuran lebih hebat di rantau Asia Barat, ketika ketegangan di antara Tehran dan Tel Aviv dilaporkan berada pada tahap paling kritikal. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mengancam akan serang Israel jika serangan terhadap awam di Lubnan dan Gaza berterusan
  • Israel dituduh melakukan jenayah perang terhadap orang awam di Palestin dan Lubnan
  • Iran menegaskan tindakan ketenteraan Israel tidak boleh dibiarkan tanpa tindak balas
  • IRGC akan gunakan peluru berpandu dan dron terhadap tentera Israel jika serangan ke atas awam tidak berhenti
  • Amaran ini meningkatkan kebimbangan akan pertempuran lebih hebat di Asia Barat di tengah ketegangan tinggi antara Tehran dan Tel Aviv

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!