Iran lancar serangan baharu ke atas Israel, pangkalan AS

Struktur di bandar Dimona di selatan Israel yang musnah dibedil Iran pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
Struktur di bandar Dimona di selatan Israel yang musnah dibedil Iran pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan gelombang serangan baharu ke atas beberapa sasaran sensitif di Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara Teluk.

Operasi serangan balas itu diteruskan pada Selasa selepas Iran menafikan ia berunding dengan Washington seperti didakwa Presiden Donald Trump yang secara tiba-tiba mahu menggunakan pendekatan diplomasi dan membuat pusingan U, menangguhkan serangan ke atas Teheran selepas ultimatum 48 jam berakhir.

"Fasa baharu operasi ini satu perkembangan penting kerana ia mencatat rekod tersendiri di bawah garis masa perang. Serangan impak tinggi ini merupakan cara kami 'berunding' dengan musuh," menurut IRGC dalam satu kenyataan.

Hujan misil bertalu-talu sekali lagi melanda beberapa bandar Tel Aviv.

IRGC turut menyasarkan Dimona yang menempatkan fasiliti nuklear Israel selepas ia dibedil pada akhir minggu lalu.

Trump dikatakan membatalkan ugutannya untuk memusnahkan loji tenaga Iran selepas sekutunya, termasuk negara‑negara Teluk memberi amaran tentang bahaya tindakan sedemikian yang boleh mencetuskan kemusnahan besar dan kesan serius terhadap infrastruktur serantau.

Pemimpin Republikan itu kemudiannya mendakwa perbincangan bersama wakil Teheran pada akhir minggu lalu menunjukkan kemajuan positif.

Trump juga mendakwa Iran kononnya bersetuju untuk menyerahkan bahan nuklear dan tidak akan menyambung semula program pengayaan uranium sebagai syarat rundingan damai walaupun dakwaan itu dibayangi oleh percanggahan kenyataan mengenai perbincangan antara kedua‑dua pihak. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kor Pengawal Revolusi Islam melancarkan gelombang serangan ke atas Israel dan pangkalan AS di Teluk
  • Serangan balas berlangsung selepas Iran menafikan berunding dengan Washington
  • Operasi ini dilihat sebagai cara Iran 'berunding' dengan musuh
  • Sasaran serangan termasuk bandar Tel Aviv dan fasiliti nuklear Dimona di Israel
  • Trump membatalkan ugutan untuk memusnahkan loji tenaga Iran setelah amaran dari sekutu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!