Enam terbunuh, sembilan cedera serangan AS-Israel ke atas Tabriz

Enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam salah satu serangan yang menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi. Foto fail Anadolu Ajansi
Enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam salah satu serangan yang menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi. Foto fail Anadolu Ajansi
A
A
A

ISTANBUL -  Pihak berkuasa Iran pada Selasa berkata enam orang terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel di kawasan perumahan di bandar barat laut Tabriz, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Dua lokasi kediaman di dalam bandar itu diserang semalaman, kata jabatan pengurusan krisis di Azerbaijan Timur dalam kenyataan yang disiarkan oleh Mehr News Agency.

Menurut kenyataan itu, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam salah satu serangan yang menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi ​​di bandar itu.

"Operasi menyelamat dan mengalihkan serpihan masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Satu lagi serangan melanda kawasan kejiranan Imam Hussein, merosakkan kemudahan infrastruktur, menurut jabatan itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

AS dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari, mengorbankan setakat ini lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.

Teheran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur yang menjejaskan pasaran global dan penerbangan. - Bernama-Anadolu

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Iran mengatakan enam orang terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan Amerika Syarikat-Israel di Tabriz
  • Dua lokasi kediaman di bandar itu diserang semalaman
  • Salah satu serangan menyasarkan kejiranan Shahid Qarabaghi di Tabriz
  • Serangan yang lain melanda kawasan kejiranan Imam Hussein, merosakkan infrastruktur tanpa kemalangan jiwa
  • AS dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!