Israel terima padah kerana perlekehkan Iran


Serangan balas Iran telah menyebabkan kemusnahan yang besar.
Serangan balas Iran telah menyebabkan kemusnahan yang besar.
A
A
A

TEHERAN - Gelombang misil Iran menghentam bandar Arad dan Dimona berhampiran pusat penyelidikan nuklear selepas ia berjaya menembusi sistem pertahanan udara yang sering dibanggakan Israel.

Hampir 200 orang dilaporkan cedera dalam serangan balas pada Sabtu lalu ketika peperangan yang berlarutan selama tiga minggu itu memasuki fasa yang lebih intensif.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu turut berasa tertampar dengan respons agresif Teheran selepas tindakan provokasi Zionis membedil kemudahan nuklear Natanz di wilayah Isfahan.

Sejak kempen pencerobohan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel pada 28 Februari lalu, lebih 4,500 di Tel Aviv dilaporkan cedera.

Penganalisis berpendapat bahawa orang awam di Tel Aviv kini mula merasai tempias konflik sedangkan sebelum ini komuniti tersebut tidak terkesan secara langsung ketika Israel melancarkan serangan ganas ke atas Gaza, Tebing Barat dan Lubnan.

Komuniti Yahudi tidak menjangkakan sistem pertahanan udara yang sering dibanggakan Zionis gagal menangkis gelombang serangan misil tersebut.
Komuniti Yahudi tidak menjangkakan sistem pertahanan udara yang sering dibanggakan Zionis gagal menangkis gelombang serangan misil tersebut.

Di wilayah Palestin termasuk Gaza, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah menggunakan kekuatan yang tidak seimbang terhadap kumpulan pejuang yang menggunakan roket asas untuk menyerang Tel Aviv.

Serangan di Arad dan Dimona kini telah menimbulkan persoalan: adakah Israel telah tersilap percaturan dengan memandang rendah keupayaan ketenteraan Iran?

Artikel Berkaitan:

Penganalisis pertahanan menyifatkan program peluru berpandu Teheran sebagai yang terbesar dan paling pelbagai di Asia Barat.

Ia dibangunkan selama beberapa dekad dan merangkumi peluru berpandu balistik serta misil cruise yang direka untuk memberi keupayaan serangan jarak jauh walaupun tanpa mengerahkan angkatan udara moden.

GAMBAR BESAR
Jadi background heading
GAMBAR BESAR Jadi background heading

Iran memiliki sistem peluru berpandu jarak dekat dan sederhana serta peluru berpandu jelajah serangan darat serta antikapal jarak jauh.

Misil balistik jarak dekat Teheran mempunyai had jangkauan kira-kira 150 kilometer (km) hingga 800km dan direka untuk sasaran ketenteraan berhampiran serta serangan pantas serantau.

Sebelum ini, bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei pernah mengehadkan jarak peluru berpandu Iran kepada 2,200km.

Tetapi, had jangkauan itu telah ditarik balik selepas perang 12 hari antara Israel dan Iran pada bulan Jun 2025.

AS turut menyertai perang tersebut dengan melancarkan serangan ke atas tiga kemudahan nuklear utama Iran.


Hampir 200 cedera dalam kejadian itu yang turut memberi tamparan hebat kepada kerajaan 'ekstremis'
di Tel Aviv.
Hampir 200 cedera dalam kejadian itu yang turut memberi tamparan hebat kepada kerajaan 'ekstremis' di Tel Aviv.

Israel yang tidak menjangkakan impak besar daripada serangan pada akhir minggu lalu mengakui sistem pertahanan udaranya gagal memintas peluru berpandu Iran walaupun ia telah diaktifkan.

Pada masa sama, Zionis turut memperlekehkan keupayaan senjata Teheran dengan menyifatkannya ‘tidak istimewa’ sebagai cubaan untuk meredakan persepsi komuniti antarabangsa terhadap kelemahan pertahanan mereka.

Dalam fasa seterusnya, konflik tiga penjuru tersebut dijangka terus menyasarkan infrastruktur penting berikutan perang retorik Iran, AS dan Israel semakin agresif. - Agensi

Ringkasan AI

  • Gelombang misil Iran menghentam bandar Arad dan Dimona berhampiran pusat penyelidikan nuklear
  • Hampir 200 orang dilaporkan cedera dalam serangan balas tersebut
  • Netanyahu merasa tertampar dengan respons agresif Teheran selepas tindakan provokasi di Natanz
  • Lebih 4,500 cedera di Tel Aviv sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan kempen pencerobohan
  • Penganalisis pertahanan menyifatkan program peluru berpandu Tehran sebagai yang terbesar dan paling pelbagai di Asia Barat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!