Mufti WP anggap cacian sebagai ujian, seru masyarakat saling memaafkan

Ahmad Fauwaz. Foto Bernama
Ahmad Fauwaz. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengakui antara pengalaman menarik sepanjang memegang jawatan itu adalah berdepan pelbagai bentuk caci maki daripada pelbagai pihak.

Menerusi coretan di laman Facebooknya pada Isnin, beliau berkata, situasi tersebut mengajarnya untuk menjadi lebih kuat selain membantu memahami keadaan mental sebahagian masyarakat yang disifatkan tidak sihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap jiwa mereka.

"Alhamdulillah saya diajar oleh al-Quran sentiasa memaafkan orang yang memaki walaupun mereka tidak memohon maaf kerana saya sayangkan umat Islam.

"Musuh saya adalah mereka yang memusuhi ALLAH dan Rasul-Nya. Saya sentiasa sedekahkan segala cercaan pelbagai pihak kepada saya, walaupun orang pernah dekat dengan saya kerana ia adalah asam garam di dalam menerangkan kebenaran ilmu,” ujarnya.

Beliau berkata, segala kecaman yang diterima turut menjadi pendorong untuk terus membaca dan menulis bagi memastikan ilmu dapat disebarkan kepada masyarakat.

Katanya, beliau akan terus berkhidmat kepada umat dan negara demi meraih ganjaran di sisi ALLAH SWT, selain berharap dapat bersama Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya mengamalkan sikap saling bermaafan sesama insan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengakui pengalaman berhadapan dengan caci maki sepanjang memegang jawatan
  • Pengalaman tersebut mengajarnya untuk menjadi lebih kuat dan memahami keadaan mental sebahagian masyarakat
  • Beliau memaafkan mereka yang memakinya berlandaskan ajaran al-Quran dan sayang pada umat Islam
  • Segala kecaman menjadi pendorong untuk terus membaca dan menulis bagi menyebarkan ilmu
  • Ahmad Fauwaz berharap dapat bersama Nabi Muhammad SAW di akhirat dan menyeru amalan bermaafan sesama insan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!