Terima kasih Hospital Sungai Buloh: Tengku Amylia

KKM menerusi ciapan di Twitter rasmi KKMPutrajaya berkongsi ucapan terima kasih dan penghargaan Tengku Amylia.
KKM menerusi ciapan di Twitter rasmi KKMPutrajaya berkongsi ucapan terima kasih dan penghargaan Tengku Amylia.
A
A
A

SHAH ALAM - Peneraju sambilan Bernama Radio, Tengku Amylia Tengku Perang menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh atas layan baik sepanjang dirinya mendapatkan rawatan di sana selepas disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapan di Twitter rasmi KKMPutrajaya berkongsi ucapan terima kasih dan penghargaan itu semalam.

"Saya sangat berterima kasih kepada warga kerja Hospital Sungai Buloh kerana layanan baik seperti kami ini ahli keluarga mereka sendiri," katanya.

Dalam ciapan sama, Tengku Amylia turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak takut atau menyembunyikan maklumat sekiranya dijangkiti pandemik itu.

"Jangan takut atau sembunyikan apa-apa kerana doktor tahu apa yang perlu mereka lakukan, apa nak buat dan beri pemantauan rapi jika dijangkiti.

"Orang ramai perlu mendapatkan perlu mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Covid-19 dan elak membuat spekulasi negatif mengenainya," katanya.

Terdahulu, dalam program Temu Bual Radio di Bernama Radio beberapa hari lalu, Tengku Amylia turut berkongsi pengalamannya ketika mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital sama.

Beliau mengalami demam pada 8 Mac dan hanya disahkan positif pada 14 Mac setelah menjalani saringan apabila demamnya tidak baik dan mengetahui kontak rapatnya positif pada 12 Mac.

Artikel Berkaitan: