Pengawal keselamatan rugi RM2,450 ditipu beli motosikal dalam talian

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan kerugian RM2,450 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pembelian motosikal yang diiklankan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut daripada seorang lelaki pada Khamis.
"Mangsa telah berminat untuk membeli sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang diiklankan di laman Facebook sebelum berurusan dengan individu yang mendakwa sebagai penjual secara dalam talian.
“Mangsa kemudiannya membuat pembayaran ke dalam dua akaun bank berbeza seperti yang diminta oleh suspek,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohamad Lazim berkata, mangsa kemudian bertemu dengan penjual terbabit dan berpuas hati dengan keadaan motosikal yang ingin dibeli.
"Namun ketika mangsa ingin membawa pulang motosikal tersebut, penjual itu mendakwa tidak menerima sebarang bayaran dan akaun yang menerima Wang tersebut tiada kaitan dan tidak dikenalinya.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,450. kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Ringkasan AI
- Seorang pengawal keselamatan kerugian RM2,450 akibat penipuan pembelian motosikal di media sosial
- Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail menerima laporan tentang kes penipuan itu
- Mangsa berminat dengan motosikal Yamaha LC135 yang diiklankan di Facebook dan berurusan dengan penjual secara dalam talian
- Mangsa membuat pembayaran ke dalam dua akaun bank yang diminta oleh suspek
- Penjual itu mendakwa tidak menerima sebarang bayaran semasa mangsa ingin membawa pulang motosikal, menyebabkan mangsa kerugian RM2,450
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
