Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat

Gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Mereka yang merasai gegaran itu juga diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan ini https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang
  • Lokasi gempa terletak pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur
  • Kedalaman episentrum gempa adalah 10 kilometer
  • Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor
  • Jabatan Meteorologi Malaysia menggalakkan mereka yang merasai gegaran mengisi borang soal selidik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!