Gempa bumi lemah magnitud 3.4 di Bukit Kepong, Pagoh

MUAR – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dilaporkan berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh di sini pada pukul 8.55 pagi Ahad, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berkenaan dikesan pada koordinat 2.4° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Pagoh, dengan kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia memaklumkan gegaran berkenaan adalah kecil dan tidak dijangka menyebabkan kerosakan struktur atau risiko keselamatan kepada penduduk setempat.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Ringkasan AI
- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di sekitar Bukit Kepong, Pagoh di Muar pada pukul 8.55 pagi Ahad
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
- Lokasi gempa pada koordinat 2.4° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 16 kilometer barat daya Pagoh, dengan kedalaman 10 kilometer
- Gegaran dianggap kecil dan tidak dijangka menyebabkan kerosakan atau risiko keselamatan kepada penduduk setempat
- Orang ramai dinasihatkan untuk bertenang dan mendapatkan maklumat sahih dari MetMalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

