Pemborong mohon kelonggaran waktu perniagaan: Mukhriz

Mukhriz (tiga, kanan) ketika meninjau bekalan ikan di Pasar Borong Kampung Berjaya, pagi tadi.
Mukhriz (tiga, kanan) ketika meninjau bekalan ikan di Pasar Borong Kampung Berjaya, pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemborong dan pembekal ikan serta sayuran memohon tempoh perniagaan mereka diawalkan susulan waktu kerja berbeza berbanding sektor lain.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau menerima aduan daripada wakil peniaga yang berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kelonggaran waktu bermula jam 1 pagi hingga 8 pagi.

Beliau berkata, syarat yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) untuk operasi perniagaan ialah antara 8 pagi hingga 8 malam.

“Hasrat itu disampaikan kepada saya ketika tinjauan operasi pasar borong. Saya akan bawa cadangan mereka kepada MKN,” katanya selepas tinjauan mengejut di Pasar Borong Kampung Berjaya sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua awal pagi tadi.

Terdahulu, Mukhriz melakukan tinjauan itu bagi memastikan aktiviti jual beli secara borong berjalan lancar dan mematuhi syarat PKP.

Beliau turut meluangkan masa melihat operasi lori yang membawa ikan dan sayur ke kawasan pasar untuk diagihkan selain bertanyakan kepada pembekal mengenai kualiti dan kuantiti bekalan bahan mentah itu.

Sempena lawatan itu, sukarelawan turut mengedarkan topeng muka dan cecair pencuci tangan sumbangan kerajaan negeri kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: