Peserta memenuhi tapak Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia

Suasana di sekitar Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini mula dipenuhi peserta yang hadir bagi menyertai Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat.
Suasana di sekitar Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini mula dipenuhi peserta yang hadir bagi menyertai Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini mula dipenuhi peserta yang hadir bagi menyertai Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat.

Tinjauan di lokasi mendapati orang ramai mula berkumpul seawal tengah hari dengan membawa bendera Palestin, kain rentang serta sepanduk sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, keluarga serta individu yang hadir untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa di Al-Quds.

Sebahagian peserta dilihat mengenakan pakaian berwarna hitam dan membawa bendera Palestin sambil melaungkan kata-kata sokongan kepada Gaza.

Perhimpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu dijangka disertai ribuan peserta sebelum perarakan aman diteruskan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum berkaitan isu Palestin.

Pihak penganjur sebelum ini memaklumkan perhimpunan berkenaan dianjurkan bersama oleh pertubuhan bukan kerajaan, organisasi masyarakat sivil serta parti politik sebagai pendirian kemanusiaan menentang kezaliman dan penjajahan di Asia Barat.

Suasana di lokasi ketika ini masih terkawal dengan kehadiran anggota keselamatan bagi memastikan perjalanan perhimpunan berlangsung secara aman dan teratur.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Suasana di sekitar Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak dipenuhi peserta Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat
  • Orang ramai berkumpul dengan membawa bendera Palestin dan sepanduk sebagai simbol solidariti terhadap rakyat Palestin
  • Peserta adalah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk NGO, mahasiswa, dan keluarga untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin
  • Sebahagian peserta memakai pakaian hitam dan melaungkan sokongan kepada Gaza
  • Perhimpunan diadakan selepas solat Jumaat dan diikuti dengan perarakan aman ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!