Pahang4Palestine: 165 keluarga di Kem Nuseirat terima juadah iftar

Sukarelawan menyediakan juadah iftar kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza. Foto FB Wan Rosdy
Sukarelawan menyediakan juadah iftar kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza. Foto FB Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN – Keperitan hidup yang dilalui penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan juadah iftar tersebut berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di kem berkenaan pada minggu pertama Ramadan.

Juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng untuk diagihkan kepada penduduk di Kem Nuseirat. Foto FB Wan Rosdy
Juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng untuk diagihkan kepada penduduk di Kem Nuseirat. Foto FB Wan Rosdy

"Pada kali ini, juadah berbuka yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng.

"Terima kasih kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menyediakan serta mengagihkan juadah ini kepada keluarga-keluarga di sana," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat

Sumbangan juadah iftar daripada kerajaan Pahang menerusi Pahang4Palestine berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza pada minggu pertama Ramadan. Foto FB Wan Rosdy
Sumbangan juadah iftar daripada kerajaan Pahang menerusi Pahang4Palestine berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di Kem Nuseirat, Gaza pada minggu pertama Ramadan. Foto FB Wan Rosdy

Wan Rosdy memberitahu, walaupun sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, ia membawa makna besar kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup.

Artikel Berkaitan:

“Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi saksi kasih, tanda solidariti dan doa yang tidak pernah putus daripada rakyat Pahang buat saudara-saudara kita di Gaza yang dihimpit kesukaran hidup,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Kerajaan negeri Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat, Gaza
  • Sumbangan itu berjaya disampaikan kepada 165 keluarga pada minggu pertama Ramadan
  • Juadah iftar yang disediakan merupakan nasi bersama ayam goreng
  • Para sukarelawan telah menyediakan dan mengagihkan juadah kepada keluarga-keluarga di sana
  • Sumbangan ini diharapkan membawa makna besar kepada mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup di Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!