X

Kindly register in order to view this article
!

Perak terima sumbangan GLC, syarikat korporat RM3.09 juta

Ahmad Faizal (hadapan, tiga dari kanan) dan Shamsul Anuar (hadapan, tiga dari kiri) bersama-sama wakil GLC serta syarikat korporat yang menyumbang ke dalam Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menerima sumbangan berjumlah RM3.06 juta dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa badan korporat untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sumbangan diberikan itu akan digunakan untuk mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, selain itu juga sumbangan berkenaan juga akan digunakan untuk membantu orang ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Hari ini bagi pihak kerajaan negeri saya menerima sumbangan daripada GLC dan badan korporat berjumlah RM3.06 juta. Penyumbang terbesar ialah Tenaga Nasional Bhd dengan RM2 juta.

"Alhamdulillah, kita menerima sambutan yang begitu menggalakkan. Saya bagi pihak kerajaan negeri berikrar untuk gunakan segala sumbangan kewangan diterima untuk bantu yang memerlukan," katanya di Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, sehingga kini sumbangan yang diterima untuk tabung berkenaan berjumlah RM11 juta iaitu daripada agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta malah sebahagian sumbangan tersebut sudah mula dibelanjakan untuk tujuan itu.

Dalam pada itu, penyerahan sumbangan TNB disempurnakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Peruncitan TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan dan Ketua Khidmat Pelanggar TNB Perak, Datuk Raja Abdul Jalil Raja Zaid.

Turut menyerahkan sumbangan pada hari ini, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Lembaga Air Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Team Keris Bhd dan kakitangan Team Keris Bhd serta Empayar Indera Sdn Bhd.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!