7 kenderaan musnah dalam kebakaran dua rumah

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dua rumah di Kampung Kepayang, Fair Park pada Selasa. Foto JBPM Perak
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dua rumah di Kampung Kepayang, Fair Park pada Selasa. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH – Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah berkembar di Kampung Kepayang, Fair Park di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh tiba di lokasi tiga minit kemudian untuk memadam kebakaran.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua rumah berkembar kelas B dengan rumah pertama berkeluasan 20 x 40 kaki terbakar kira-kira 80 peratus.

"Rumah kedua pula yang berkeluasan 20 x 70 kaki terbakar kira-kira 70 peratus manakala bahagian garaj rumah berkenaan berkeluasan 15 x 30 kaki terbakar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sabarodzi berkata, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Exora yang terbakar 80 peratus dan sebuah Perodua Kancil terbakar 40 peratus.

Katanya, selain itu, lima buah motosikal turut terbakar kira-kira 90 peratus setiap satu.

Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran dua rumah di Kampung Kepayang, Fair Park pada Selasa. Foto JBPM Perak
Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran dua rumah di Kampung Kepayang, Fair Park pada Selasa. Foto JBPM Perak

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Sebuah jentera dari BBP Pasir Putih bersama bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Pasir Pinji turut digerakkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

"Seramai 22 anggota bomba bersama 11 anggota PBS terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hos hantaran sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi berjaya dikawal pada jam 5.36 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.06 malam.

Ringkasan AI

  • Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh
  • Kebakaran melibatkan dua rumah berkembar dengan kerugian majoriti lebih dari 70 peratus
  • Ketibaan bomba dalam masa tiga minit selepas panggilan kecemasan diterima
  • Tiada mangsa jiwa dalam kejadian tersebut
  • Operasi pemadaman melibatkan 22 anggota bomba dan 11 anggota PBS selesai dalam masa kurang dari tiga jam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!