Dua rumah setinggan musnah terbakar

A
A
A

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun melecur pada muka, tangan dan kaki selepas dua unit rumah setinggan di Kampung Benggali musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan dua rumah setinggan kelas B berukuran 20 x 40 kaki persegi setiap unit dengan anggaran kemusnahan mencecah 90 peratus.

"Operasi pemadaman melibatkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, ketika tiba di lokasi, bomba melakukan ‘size up’ sebelum menjalankan pemadaman secara ofensif.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.35 malam dan kerja-kerja 'overhaul' diteruskan.

"Mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu menerima rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi," ujarnya.

Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan seramai 11 anggota termasuk bantuan daripada BBP Penanti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Raja Uda dan PBS Bagan Ajam.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.53 malam sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) bagi tindakan lanjut," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun melecur pada muka, tangan dan kaki selepas dua unit rumah setinggan di Kampung Benggali musnah dalam kebakaran
  • Kebakaran melibatkan dua rumah setinggan kelas B dengan anggaran kemusnahan mencecah 90 peratus
  • Operasi pemadaman melibatkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth
  • Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.35 malam
  • Mangsa menerima rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!