Perut ayam percik jadi rebutan

Faten Fazreeta dan Mohamad Nasrul Iman tidak menang tangan menjual perut ayam percik sepanjang Ramadan tahun ini.
Faten Fazreeta dan Mohamad Nasrul Iman tidak menang tangan menjual perut ayam percik sepanjang Ramadan tahun ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Selain ayam dan ikan percik, perut ayam antara juadah berbuka yang turut 'diburu' orang ramai sepanjang Ramadan, apabila 5,000 cucuk hidangan itu laris dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Mewarisi resipi ibu mentua sejak tiga dekad lalu, seorang peniaga perut ayam percik di Tanjung Chat, Jalan Long Yunus di sini, Faten Fazreeta Che Ahmad, 32, berkata, dia yang dibantu suami, Mohamad Nasrul Iman Mohd Nazri, 32, dan tiga lagi pekerja tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pembeli.

"Paling jauh pelanggan saya pernah datang beli dari Kedah semata-mata ingin membeli perut ayam percik, dengan jumlah RM200 kemudian dia terus balik. Memang saya agak terkejut.

"Ada juga yang datang dari Johor dan Pulau Pinang, selain pelanggan setempat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Sabtu.

Mohamad Nasrul Iman membantu isterinya menjual perut ayam percik.
Mohamad Nasrul Iman membantu isterinya menjual perut ayam percik.

Menurut ibu kepada lima orang anak itu, sepanjang Ramadan ini dia menjalankan perniagaan di rumahnya.

Ujarnya, berbanding hari biasa dia akan meletakkan perut ayam percik di kedai-kedai untuk jualan.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 5,000 cucuk perut ayam percik mampu terjual kurang dari dua jam.
Sebanyak 5,000 cucuk perut ayam percik mampu terjual kurang dari dua jam.

Faten Fazreeta berkata, perut ayam percik tersebut dijual pada harga RM2 bagi lima cucuk dan harganya naik sekitar dua tahun lalu berikutan kos santan serta bahan mentah lain meningkat.

"Sebelum ini saya menjualnya pada harga RM1 lima cucuk. Perut ayam percik ini sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi kosong dan kerabu.

“Tapi di sebalik kesedapannya, proses penyediaan juadah ini agak rumit terutama ketika membersihkan perut ayam dan mencucuknya pada lidi,” katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Perut ayam antara juadah berbuka puasa laris di Kota Bharu, terjual 5,000 cucuk dalam kurang dari dua jam
  • Resipi perut ayam percik diwarisi dari ibu mentua oleh Faten Fazreeta Che Ahmad dari Tanjung Chat
  • Pelanggan datang dari jauh seperti Kedah, Johor, dan Pulau Pinang semata-mata untuk membeli perut ayam percik
  • Perniagaan dijalankan di rumah sepanjang Ramadan, berbeza dengan hari biasa di mana produk dijual di kedai
  • Harga perut ayam percik naik dua kali ganda akibat kenaikan kos santan dan bahan mentah, dari RM1 kepada RM2 untuk lima cucuk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!