Dua sebab Ronaldo tinggalkan MU

 Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville mendedahkan dua sebab Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu dan menyertai Real Madrid pada 2009.

Menurutnya, masalah paling utama dihadapai Ronaldo di United adalah keadaan cuaca selain mahukan lebih cabaran beraksi di Liga Sepanyol.

"Saya tidak bercakap dengan Ronaldo tentang untuk terus kekal di kelab tersebut. Namun, apa yang saya tahu cuaca menjadi masalah besar buatnya.

"Selain itu, dia juga sudah jelas mahu tinggal di Sepanyol dan bermain di La Liga untuk cabaran baharu. Di United, dia sudah meraih banyak kejuaraan dan pengiktirafan individu. Bagi saya dia sudah menyelesaikan kerjanya dengan baik," katanya.

Sepanjang enam tahun menyarung jersi United, Ronaldo berjaya menjaringkan 118 gol dan 69 bantuan gol dalam 292 penampilannya selain turut berjaya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali, Liga Juara-Juara dan Piala FA ketika bersama The Red Devils.

Malah, pemain berusia 35 tahun itu juga meraih banyak anugerah individu antaranya pemain terbaik PFA, Pemain Terbaik FIFA, dan Ballon d'Or pertamanya di kelab tersebut.

Pada musim panas 2009, Ronaldo berpindah ke Real dan terus menikmati kejayaan selama sembilan tahun di kelab Sepanyol itu sebelum berhijrah ke Juventus pada 2018.

Dalam masa sama, Neville telah menjangkakan penyokong United tidak terkejut dengan keputusan Ronaldo mahu berpindah dari kelab itu pada 2009.

Artikel Berkaitan:

"Ronaldo telah memberikan bayangan awal bahawa dia mahu berpindah pada 2008 dan ia peringatan kepada penyokong. Jadi semua orang sudah bersiap sedia untuk kehilangannya.

"Jarang untuk seseorang pemain meninggalkan United kecuali bersara atau atas desakan pasukan. Tetapi Ronaldo berbeza kerana dia pergi untuk mendapatkan pengalaman yang lebih luas.

"Dia berjaya di sana (Real Madrid) meraih pelbagai kejuaraan bersama Real dan kini di fasa terakhir kariernya di Juventus," katanya.