Tiada lagi kata nasihat, PKP kini memasuki 'fasa keras'

KUANTAN, 2 April -- HATI MULIA...Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan makanan daripada penduduk yang menghargai jasa petugas keselamatan sebagai barisan hadapan dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19 pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua ketika tinjauan fotoBernama semalam. -fotoBERNAMA
KUANTAN, 2 April -- HATI MULIA...Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan makanan daripada penduduk yang menghargai jasa petugas keselamatan sebagai barisan hadapan dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19 pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua ketika tinjauan fotoBernama semalam. -fotoBERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR- Awas! Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat, kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak fasa dua bermula pada Rabu hingga 14 April ini.

Ini kata dua, yang dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, setelah didapati masih ramai yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah.

Walaupun telah mula ada sinar di hujung jalan, apabila tiada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 direkodkan, namun ia bukan satu lesen untuk kerajaan berpuas hati, selagi rantaian wabak ini dapat diputuskan.

Sudah pasti, jika pihak kerajaan mengambil pendekatan berlembut, usaha yang dilakukan untuk menghapuskan ‘virus kejam’ selama ini, yang sehingga semalam telah meragut 50 nyawa rakyat di Malaysia, tidak ubah seperti menjirus air di daun keladi.

Dilaporkan sepanjang PKP dilaksanakan sehingga semalam seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah, termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Ia cukup untuk melambangkan ketegasan kerajaan, dalam menangani krisis Covid-19, kerana lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara, tetapi kehidupan rakyat sendiri.

Ekoran itu juga, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet, untuk merangka langkah strategik dalam melindungi prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan Malaysia, yang terkesan daripada pandemik Covid-19.

Jawatankuasa itu juga bertanggungjawab, untuk mencari penyeimbangan di antara keutamaan ekonomi negara dengan pelaksanaan langkah PKP yang efektif, selain merancang rangka strategi untuk menyokong prestasi enjin ekonomi Malaysia, seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas, serta mengurangkan kesan ke atas peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa khas ini dijadual bersidang hari ini, hari ke-17 pelaksanaan PKP dan akan mengadakan mesyuarat kedua Ahad ini, sebelum hasil perbincangan jawatankuasa ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa perjumpaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Isnin depan.- BERNAMA