PLUS hargai petugas media, sumbang juadah berbuka kepada Sinar Harian

Mashitah (empat dari kiri) dan Zamri (empat dari kanan) bergambar bersama selepas penyerahan pek makanan sumbangan PLUS di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Mashitah (empat dari kiri) dan Zamri (empat dari kanan) bergambar bersama selepas penyerahan pek makanan sumbangan PLUS di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Konsesi lebuh raya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menyumbangkan 100 pek juadah berbuka untuk petugas media Sinar Harian pada Rabu.

Sumbangan berkenaan disampaikan pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mashitah Mohd Arshad kepada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli di Karangkraf, di sini.

Hadir sama, Pengarang Berita Sinar Harian, Junhairi Alyasa, Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Badruldin Zakaria, Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan dan Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin.

Sumbangan tersebut bukan sahaja membantu meringankan urusan berbuka puasa petugas media, sekali gus diharapkan memudahkan urusan dan mengembirakan mereka.

Setiap pek makanan disumbangkan lengkap dengan nasi, ayam berlado, telur dadar, sayur-sayuran, cucur udang, minuman dan buah epal.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PLUS Malaysia Bhd menyumbangkan 100 pek juadah berbuka untuk petugas media Sinar Harian
  • Sumbangan disampaikan oleh pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mashitah Mohd Arshad
  • Acara penyerahan sumbangan dihadiri oleh pengurusan Sinar Harian termasuk Ketua Pengarang dan Pengarang Berita
  • Tujuan sumbangan adalah untuk meringankan urusan berbuka puasa petugas media
  • Setiap pek makanan berisi nasi, ayam berlado, telur dadar, sayur-sayuran, cucur udang, minuman dan buah epal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!