Lebuh raya PLUS di Nilai banjir kilat

Tangkap layar video menunjukkan laluan empat lorong yang menghala ke Utara dan Selatan ditenggelami air.
Tangkap layar video menunjukkan laluan empat lorong yang menghala ke Utara dan Selatan ditenggelami air.
A
A
A

NILAI - Beratus pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Nilai di sini dilanda banjir kilat pada Khamis.

Beberapa video dimuat naik di media sosial menunjukkan laluan empat lorong terbabit yang menghala ke utara dan selatan ditenggelami air.

Kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak jam 6.30 petang.

Pihak PLUS memaklumkan trafik mengalami kesesakan sejauh 12 kilometer (km) dari Kajang ke Nilai disebabkan banjir kilat di KM287 yang menyebabkan semua lorong terhalang.

"Lorong kecemasan dan kiri arah utara terhalang menyebabkan kesesakan sejauh 5 km dari Nilai ke Bangi.

"Hentian Nilai arah utara juga ditutup," katanya.

Kejadian banjir turut dipercayai berlaku di Pekan Nilai apabila beberapa kawasan dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Beratus pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan selepas Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Nilai dilanda banjir kilat
  • Beberapa video menunjukkan laluan empat lorong yang menghala ke Utara dan Selatan ditenggelami air
  • Hujan lebat sejak jam 6.30 petang menjadi punca banjir kilat
  • Trafik mengalami kesesakan sejauh 12KM dari Kajang ke Nilai dan kesesakan 5KM dari Nilai ke Bangi kerana banjir
  • Hentian Nilai arah utara ditutup akibat banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!