Empat zon bagi klasifikasi kawasan kes Covid-19

Anggota tentera berkawal di hadapan Menara City One selepas kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di keseluruhan bangunan itu yang terletak di Jalan Munshi Abdullah ketika tinjauan hari ini. - Foto: Bernama
Anggota tentera berkawal di hadapan Menara City One selepas kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di keseluruhan bangunan itu yang terletak di Jalan Munshi Abdullah ketika tinjauan hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan empat zon bagi mengklasifikasikan kawasan koronavirus (Covid-19) yang dilakukan berdasarkan jumlah kes di sesuatu kawasan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam jawapan bagi soalan lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) memaklumkan zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan manakala kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan-kawasan atau lokaliti tertentu dalam zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti berkenaan,” menurut MKN.

MKN turut memaklumkan sepanjang PKP 2 bermula semalam hingga 14 April, hanya 10 sektor kritikal yang dibenarkan beroperasi antaranya makanan, air, tenaga, komunikasi dan Internet serta keselamatan dan pertahanan.

Selain itu, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perbankan dan kewangan; e-dagang dan logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu turut dibenarkan beroperasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: