X

Kindly register in order to view this article
!

85 individu ditahan ingkar PKP di Terengganu

Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik -Foto Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menahan 85 individu kerana ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, daripada jumlah itu, daerah Kemaman merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 32 orang.

"Ia diikuti daerah Kuala Terengganu (20 orang), Besut (11 orang) serta Dungun dan Marang masing-masing 10 tangkapan.

"Bagi daerah Setiu dan Hulu Terengganu pula, masing-masing dengan satu tangkapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Roslee, pihaknya akan mencuba pelbagai kaedah bagi memastikan masyarakat di Terengganu mematuhi PKP supaya rangkaian jangkitan koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

Katanya, pihaknya menyeru orang ramai memberi kerjasama dengan mematuhi arahan PKP dan tidak keluar dari rumah berkali-kali tanpa urusan yang mustahak.

"Menerusi PKP fasa kedua bermula semalam hingga 14 April ini, hampir 2,000 orang termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) digerakkan untuk memantau pelaksanaan PKP termasuk di sekatan jalan raya dan bilik gerakan.

"Selain itu, kadar pematuhan masyarakat di Terengganu juga dilihat meningkat kepada 96 peratus," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!